HUBUNGI:
018-388 0112

Hubungi kami:
018-388 0112
TENTANG KAMI
Pusat Tuisyen Gentle Classroom Presint 15 Putrajaya kini dibuka. Pusat Tuisyen ini menawarkan kelas untuk subjek peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Juga sekolah rendah & menengah. Selain itu, Pusat Gentle Classroom juga menawarkan kelas fardhu ain dan kelas bahasa asing bagi mereka yang ingin memantapkan ilmu mereka.
Kami berazam untuk menjadi institusi pendidikan alternatif yang dapat meraikan kepelbagaian potensi pelajar dan membawakan potensi tersebut ke arah kecemerlangan diri. Kami percaya bahawa setiap pelajar dan murid boleh berjaya dengan adanya usaha dan keazaman serta pembelajaran yang temporari dan berkesan. Fokus kami adalah untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kontemporari dan berkesan.
Belajar cara untuk belajar (learn how to learn)
Kami percaya, dengan mendidik pelajar dan murid kami bagaimana cara untuk belajar, ianya akan memberikan mereka sayap untuk mengembangkan skil, ilmu dan kemahiran yang diajarkan kepada mereka di dalam kelas. Oleh itu, kami fokus untuk mendidik pelajar dan murid kami bagaimana untuk belajar cara belajar di samping menyediakan pembelajaran subjek yang dijanjikan.
Cinta Ilmu Agama
Kami percaya bahawa keberkatan
hidup bermula dengan melengkapkan diri dengan ilmu agama dan pengamalan cara kehidupan yang betul. Oleh itu, kami membuka ruang dan peluang seluas-luasnya di pusar tuisyen kami untuk mempelajar asas-asas islam dan fardhu ain.
BERJAYA ITU BUKAN MUDAH TETAPI IANYA PASTI BERBALOI.
Cinta Bahasa
Kami turut menyediakan kelas-kelas bahasa asing seperti bahasa Perancis, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Arab untuk mengkayakan anda dengan ilmu bahasa dan komunikasi yang meluas. Sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat nabi muhammad s.a.w, iaitu menguasai bahasa yang pelbagai.
